MASIH ADA YANG SAYANG
SABTU MEI 21, 2011 Sekolah Kebangsaan Puchong telah mengadakan program khas untuk murid-murid dan ibubapa LINUS. Program telah dijalankan di Dewan SKP dengan kehadiran ibubapa yang agak mendukacitakan. Usaha pihak sekolah menyediakan penceramah yang terdiri daripada guru cemerlang permulihan iaitu En. Mohd Radzi Bin Misran P.P.N GC ( PPD Petaling Perdana, Bahagian LINUS Daerah ) tidak diambil peluang oleh ibubapa. Semoga perkara ini menjadi pedoman buat semua. Demikian ulasan YDP PIBG yang turut hadir dalam majlis tersebut.



4 Comments
Trackbacks/Pingbacks